Rabu, 18 Ogos 2010


Bina Ayat SPM (Soalan 3a)

Apabila anda membina ayat, pastikan anda menggunakan formula:

a) Bila + Siapa + buat apa
b) Siapa + buat apa + di mana
c) Siapa + buat apa + kenapa

Contoh:
1. Prasyarat
ayat: Kakak berjaya memasuki pertandingan itu kerana lulus prasyarat yang ditetapkan oleh penganjur pertandingan.

2. Propaganda
ayat: Pendedahan akuan palsu yang dilakukan oleh pemimpin negara itu merupakan propaganda politik yang mungkin akan menarik perhatian media massa.

3. Pascamerdeka
ayat: Pada zaman pascamerdeka, anak-anak bangsa harus mengisi kemerdekaan dengan mempertahankan kemerdekaan negara daripada dijajah semula oleh anasir luar.

4. Dwibahasa
ayat: Ayah menggunakan kamus dwibahasa untuk mencari makna perkataan yang tidak difahaminya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

5. Anti-Israel
ayat: Satu perarakan anti-Israel telah diadakan di Dataran Merdeka oleh penuntut-penuntut universiti kerana mereka mengetahui kekejaman Israel terhadap keamanan dunia.

6. Antirasuah
ayat: Kerajaan Malaysia menjalankan kempen antirasuah untuk menghapuskan gejala ini sehingga akar umbi.

7. Interaksi
ayat: Pakar psikologi perpendapat bahawa kekurangan interaksi antara anak dengan ibu bapa akan menyebabkan jiwa anak kosong.

8. Insentif
ayat: Pihak sekolah akan memberi wang insentif sebanyak RM100 kepada pelajar yang mewakili sekolah dalam acara sukan.

9. Integrasi
ayat: Pihak kerajaan melancarkan kempen 1Malaysia untuk memupuk integrasi kaum dan membina perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

10. Intensif
ayat: Pihak sekolah akan menjalankan kelas intensif untuk pelajar yang lemah dalam subjek Sains dan Matematik.

11. Inisiatif
ayat: Kerajaan berharap agar pihak sekolah akan mengambil inisiatif untuk memastikan kebersihan persekitaran sekolah supaya murid-murid tidak diserang wabak demam denggi.

12. tentatif
ayat: Buat sementara waktu, beberapa langkah tentatif diambil untuk memasukkan sains sepenuhnya ke dalam skop sosiologi ilmu pengetahuan.

13. senget
ayat: Ayah mengetawakan adik yang memakai seluarnya senget sebelah.

14. sengit
ayat: Pengumuman semua calon SPM yang mendapat keputusan 9A+ dijanjikan biasiswa JPA akan menimbulkan persaingan yang sengit antara calon SPM.

Khamis, 5 Ogos 2010

Nur Adlin Addina Bt. Nazli


Muhammad Naufal Danish B. Nazli


Nur Adlin Aqila Bt. Nazli


Kata-kata Pujangga...




PENGENALAN 
KERTAS BAHASA MELAYU SPM

KERTAS 1 (1103/1)
2 JAM 15 MINIT
BAHAGIAN A                                                                   
Karangan Bahan Rangsangan – 30 markah
Masa menjawab – 45 minit
200-250 patah perkataan.
1.        Gambar foto
2.       Gambar rajah
3.       Ilustrasi Kartun
4.       Pelan
5.       Iklan
6.       Petikan
7.       Catatan
BAHAGIAN B
Karangan Respons Terbuka – 100 markah
Masa menjawab – 1 jam 30 minit
Tidak kurang 350 patah perkataan

3 bentuk soalan
1. Karangan Berformat
2. Karangan Tidak Berformat
3. Karangan Berunsur Sastera (Soalan 5)
5 bidang soalan
            1. Individu
            2. Keluarga
            3. Masyarakat
            4. Negara
            5. Antarabangsa
*Jumlah 130 markah

KERTAS 2 (1103/2)
2 JAM 30 MINIT

Soalan 1
Rumusan – 30 markah
Soalan 2 – Pemahaman – 35 markah
Soalan 2(a) – Petikan Umum – 9 markah
Soalan 2(b) – Petikan Moden – 9 markah
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik – 8 markah
Soalan 2(d) – Petikan Puisi – 9 markah
Soalan 3 – Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa – 30 markah
a)       Membina ayat daripada enam perkataan yang dikemukakan.
b)       Pola Ayat, Menukarkan ayat, menyambungkan ayat, memisahkan ayat, dan menganalisis ayat.
c)       Mengenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan.
d)       Mengenal pasti kesalahan kata atau istilah dan kesalahan bahasa.
e)       Peribahasa.
Soalan 4 – Novel – 15 Markah
*Jumlah 110 markah

KERTAS 3 - ULBS








Rabu, 4 Ogos 2010

PERIBAHASA

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.


4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
 


Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5


1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.


TEKNIK MENULIS RUMUSAN

RUMUSAN

  1. Perenggan Pendahuluan Rumusan

-         1 ayat sahaja dalam satu perenggan
-         arahan pertama soalan perlu ditukar dengan perkataan lain yang mempunyai maksud yang sama.

1.
Sebab-sebab, punca-punca, faktor-faktor, potensi
2.
Langkah-langkah, usaha-usaha, cara-cara, tindakan-tindakan, cadangan-cadangan.
3.
Masalah, kerenah, kekangan, penghalang
4.
Kesan negetif, akibat, keburukan, impak
5.
Kepentingan, keperluan, tanggungjawab, faeda-faedah, kesan-kesan positif, kebaikan, manfaat, kelebihan


Soalan:
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha memupuk minat membaca dan faedah-faedahnya.

-         arahan pertama soalan ‘usaha-usaha’ ditukar dengan dgn perkataan yg sama maksud cth, ‘langkah-lngkah

-         contoh pendahuluan:
Petikan membincangkan langkah-langkah memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. (1 ayat sahaja)

  1. Perenggan Kedua – Isi Tersurat
-         isi yang terdapat daripada teks/petikan menerusi arahan pertama soalan.
-         contoh: ‘usaha-usaha memupuk minat membaca’.
-         6 isi tersurat, 6 ayat.

  1. Perenggan Ketiga – Isi Tersirat
-         berdasarkan arahan kedua dalam soalan dengan menggunakan pandangan sendiri -  ‘faedah-faedah memupuk minat membaca’.
-         2 isi tersirat, 2 ayat

  1. Perenggan Penutup
-         1 ayat sahaja
-         cadangan dan harapan.
-         contoh – (cadangan) Semua pihak haruslah bekerjasama dalam memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat (harapan) supaya/agar dapat melahirkan masyarakat berilmu.

*Rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha memupuk minat membaca dan faedah-faedahnya.

Û


Selang 7 baris


Ü


Petikan membincangkan langkah-langkah memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.

Antaranya, _____ isi tersurat(1)______. Di samping itu _______ isi tersurat (2) _______. Selanjutnya ______isi tersurat (3) ______. Kemudian _________isi tersurat (4) __________. Selain itu ___________ isi tersurat (5) _____________. Seterusnya ________ (6) _____.

Antara faedahnya, ______________________isi tersirat (1) __________________. Akhirnya, ________________isi tersirat (2) ____________________.

Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama ________(cadangan) _______ agar/supaya _______(harapan) _______.






(Tidak Lebih 120 Patah Perkataan)



Sabtu, 31 Julai 2010

TEKS KOMSAS Tingkatan 4

SELAMAT DATANG...


"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak"


Syukur alhamdulillah,akhirnya saya berjaya mencipta blog sendiri. Masih belajar dan memerlukan tunjuk ajar.